Available at : http://nuraisyshop.com
TAJUK : PERUBATAN CARA NABI
PENULIS : ‘DR’ MUHAMMAD BIN ABDULLAH
ISBN : 978-967-0326-15-3
HARGA : RM26.00
SINOPSIS :
Buku
ini diterjemahkan daripada karya asal Imam Jalaluddin as-Suyuthi yang
berjudul, As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet. Ditulis kira-kira hampir
lima ratus tahun dahulu, buku ini mengandungi pengetahuan tentang
perubatan iaitu sebab penyakit dan cara penyembuhannya yang mungkin
telah lama dilupakan.
Penulis menghurai dengan terperinci
pelbagai penyakit jasmani dan rohani, cara mengubati serta
ubat-ubatannya. Semua ini diambil dan digali daripada sumber al-Quran
dan hadis. Sabda Nabi SAW: ”Allah tidak menciptakan suatu penyakit tanpa
menciptakan ubatnya kecuali mati.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Salah
satu di antara sunnah aku adalah pengubatan.”
Penulis buku ini,
Jalaluddin Abdurrahman as-Suyuthi juga dikenal sebagai seorang ulama dan
penulis prolifik Muslim dalam bidang tafsir al-Quran, hadis dan
ilmu-ilmu Islam lainnya. Beliau menjelaskan bahawa pengetahuannya
tentang perubatan tidak hanya bersifat akademik semata-mata, melainkan
juga didasarkan para praktikal dan pengalaman yang cukup baik. Dari
perbicaraanya, jelas bahawa seni perubatan bukan sekadar hasil daripada
pengalaman dan nasib baik, melainkan juga ilmu yang diilhamkan oleh-Nya,
yang sesungguhnya merupakan rahmat dan takdir Allah SWT : “Dan apabila
aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakit aku” (Surah
as-Syu’arak: 80)

No comments:
Post a Comment